18 May, 2008

Pasar Malam Sainsri




Ahad malam 18 Mei 2008, Majlis Pengawas Sainsri telah menganjurkan program Pasar Malam Sainsri. Nyata sekali gerai2 jualan yang dibuka mendapat sambutan yang hangat. Pelbagai jenis makanan dijual. Lebih daripada 10 buah gerai telah mengambil bahagian di antaranya gerai jualan burger, roti john, keropok lekor, ABC, mi goreng, ice blend, coconut shack, roti canai dan macam-macam lagi. Pelajar2 sainsri berbelanja sakan malam ini. Tapi harus diingat kebersihan tapak selepas jualan harus dijaga. Jangan buang sampah merata2.



Senamrobik Sainsri


Sabtu 17 Mei 2008, pagi2 lagi dah semua ahli sainsri bersemangat untuk bersenamrobik. Semua pelajar berkumpul di dataran roll call pada pukul 6.15 pagi lagi. Aktiviti yang dianjurkan bersama di antara Unit B&K dan Majlis Pengawas Sainsri ini mendapat sambutan hangat. Kehadiran guru2 turut memeriahkan aktiviti senaman pada pagi sabtu itu.

Pelbagai gelagat dapat diperhatikan, yang pasti semua orang seronok, sekali sekala selepas seminggu study ja, aktiviti sebegini boleh juga lepaskan tension dan hilangkan stress.

Tambah best apabila lagu poco-poco didendangkan sebagai muzik latar belakang, macam dah hafal, semua pelajar dan guru sainsri menari ikut rentak irama yang sekata!

11 May, 2008

Semangat Kolej Kediaman UTM-SIGMA.



Penghuni2 KKUTM bersungguh2 menceriakan taman di hadapan asrama mereka. Mereka beriltizam untuk menyekat penguasaan KKUPM dalam carta kolej kediaman terceria mingguan. Kembalikan kejuaraan milik kita!
Banzai Sigma Banzaiiiiiiiiiii.

10 May, 2008

Selamat Hari Ibu


Ribuan kilo jalan yang kau tempuh
Lewati rintang untuk aku anakmu
Ibuku sayang masih terus berjalan
Walau tapak kaki, penuh darah… penuh nanah
Seperti udara… kasih yang engkau berikan
Tak mampu ku membalas…ibu…ibu
Ingin kudekat dan menangis di pangkuanmu
Sampai aku tertidur, bagai masa kecil dulu
Lalu doa-doa baluri sekujur tubuhku
Dengan apa membalas…ibu…ibu….
Seperti udara… kasih yang engkau berikan
Tak mampu ku membalas…ibu…ibu

Kepada semua putera puteri sainsri, ucapkanlah selamat hari ibu kepada bonda masing2
hubungilah dia, pasti dia merindui kamu, balaslah kasih sayang dan pengorbanan ibu anda dengan belajar bersungguh2 serta tidak melakukan kesilapan yang boleh melukakan hatinya.

Maka berbaktilah kepada mereka, hormatilah mereka kerana tidak semua orang bertuah dapat menumpang kasih ibu seperti kamu.

09 May, 2008

Pertandingan Kereta Solar Sainsri 2008

Pada 30hb April 2008, satu pertandingan model kereta solar sempena Minggu Sains, Matematik & Teknologi telah diadakan. Setiap rumah telah menghantar penyertaan masing2, bagaimana pun pada hari berkenaan keadaan cuaca tidak mengizinkan, jadi perlumbaan kereta solar terpaksa diadakan di makmal menggunakan kuasa bateri sahaja.

Keputusannya, OMEGA telah muncul pemenang dengan catatan masa yang paling laju. Diikuti oleh GAMMA, DELTA & SIGMA.

Sesi percubaan pada petang 29 April 2008 di gelanggang bola keranjang:



Peserta dan penonton berdebar2 menunggu masa perlumbaan yang akan dicatatkan:
model kereta Juara: OMEGA!
Diperhatikan semangat merekacipta dan bersaing di antara rumah agak tinggi. Jesteru itu diharapkan pada tahun depan, model kereta solar yang direka akan lebih bermutu & hebat agar perlumbaan menjadi lebih sengit.

Tahniah kepada yang berjaya!

gambar2 dipetik dari Abuwijaz Fotopages :)

08 May, 2008

Kasih seorang guru



"Terima kasih cikgu, walaupun aku dah tak berdaya lagi untuk berlari dan tak mampu untuk menambah markah rumah, tapi cikgu tetap cekal membantuku yang kepenatan ini.

Selamat menyambut Hari Guru pada 16 Mei nanti. Terima kasih CIKGU!

07 May, 2008

Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar Sekolah Berasrama Penuh 2008


Nooramad Abbas bin Ahmad dan Nurul Zawatil Isyqi binti Daud telah menghadiri Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar SBP 2008.

perhimpunan 7 Mei 2008


Masalah besar segelintir pelajar sainsri. Mengantukkkkkkkkkk tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrr memanjang ja x kena tempat.

Gambar ni sekadar lakonan saja tapi realitinya segelintir pelajar sainsri macam ni lah time prep, curi2 lelap mata. Bila guru bertugas atau warden mai jenguk kelas baru lah pura2 khusyuk buka buku, buat keje rumah. Kalau time riadah x lak mengantuk, cergas sampai berlari x pijak bumi dah.

Kesian2, menipu diri sendiri, bukan orang lain yang rugi, diri sendiri yang rugi. Bagi yang selalu buat keje camni bertaubat lah ya!, INGATLAH ayah ibu kita hantar kita kat sini bukan untuk tidur tapi untuk belajar.

Jalan-jalan kat Sainsri



06 May, 2008

Al-Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat...

Hari tok kamek g naik tingkat 3 blok makmal senior, g jenguk makmal kimia. Berkunci...
lazimnya dari jauh g dah terdengar sayup2 bunyi radio dari bilik pembantu makmal. kadang2 ada bunyi bikar2 berlaga sedang dicuci. Tapi sayang, sunyi ja kali tok, rasa pilu jak kamek rasa.

xder lagi gelak besar, biasa setiap kali sampei makmal kamek akan merungut, 'wan, cobalah polah lif nait ke makmal tok, tinggi gilak, berpeluh2 badan, abis longgar kepala lutut!

Tersengih2 dia akan menjawab, kelak aku ngisik borang LPO, mintak bos luluskan projek tukar tangga jadi lif kat makmal. kami akan ketawa bersama pas 2..

namun, Allah lebih menyayanginya, pada Ahad lepas, 4 Mei 2008 bersamaan 27 Rabiulakhir 1429H, Irwan Jaya, pembantu makmal di Makmal Kimia Sainsri juga merupakan sahabatku telah kembali menemui Yang Maha Esa. Pasti ketiadaanya amat warga sainsri rasai, lebih2 lagi kami cikgu2 dari panitia kimia.

semoga roh beliau ditempatkan di Syurga Allah nanti InsyaAllah.

Al-Fatihah.
Amin. .

Kenali mereka ahli2 Majlis Pengawas Sainsri 2008

Assalamualaikum...

Alhamdullillah, selamat melayari blog kamek yang x sberapa ini. Adalah sket sket nukilan & 'potret' sketsa ragam hidup warga2 di sainsri untuk dicoret dan dikongsi bersama2.

Buat pelajar2, selamat menduduki peperiksaan.. belajar jangan xbelajar, jangan main2 masa prep. Perbaiki keputusan exam lepas, khusus untuk f3 ngan f5 iboh malas lagik, kalau belum sedar gik bawa istighfar, lekas2 lah ulangkaji, ingat target kita straight A!

Buat guru2, selamat hari guru buat smua. Selamat hari jadi cikgu........
buat bekas guru2 kamek di SK Gita, SMK STAR, SMK Petra Jaya. Selamat Hari Guru diucapkan, pengorbanan anda xdapat kamek balas.

boboi dari kamek

Majlis Pengawas SainsSri 2008

Ketua Pelajar & Ketua Pengawas Putera:
Nooramad Abbas bin Ahmad
Ting. 5 Iltizam

Ketua Pengawas Puteri:
Nurul Zawatil Isyqi binti Daud
Ting. 5 Jaya

Penolong Ketua Pengawas Putera:
Ahmad Al-Afiq bin Fadli
Ting. 5 Usaha


Penolong Ketua Pengawas Puteri
Fanurul Kemp binti Abdul Hakim
Ting. 5 Maju