19 June, 2009

Rakanku berniaga

Berniaga : Sunnah Rasulullah S.A.W

salam...

syabas buat rakan-rakanku.. sekarang member2 tengah merancang nak jual keropok lekor. diaorang ni memang minat berniaga. boleh juga tampung pendapatan sket2. aku lak x payah susah2 nak g ke Besut ke, nak g ke Losong Terengganu nak merasa keropok lekor.

kat miri ni ada juga keropok lekor, tapi tak macam yang ori lah, tepung banyak dari ikan. member aku ni lak siap mintak secret recipe dari keluarga dia. apa apa pun, good luck untuk diaorang, insyaallah didoakan bisnes korang sukses.



Bekerja dan berniaga adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda mula berniaga ketika umurnya sekitar 12 tahun. Ketika itu baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di Syam.

Rasulullah s.a.w juga diketahui sangat rajin sejak kecil. Baginda bekerja mengembala kambing dengan mendapat upah beberapa qirat (sen) sahaja. Hasil kerja baginda ini digunakan bagi membantu keluarga Abu Talib. Hal ini disebut dalam hadith baginda ;

" Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan dia mengembala kambing." Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. Baginda menjawab, "Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat."

(H.R Bukhari)

Salah satu dari sunnah Nabi S.A.W ialah berniaga.9/10 rezeki datangnya dari berniaga.

Anda takut dihina. Tidak mahu dikutuk. Enggan diperli. Susah menerima kritikan.

“Penat-penat ambik degree 5 tahun, kau jadi penjual burger je?”
“Ek eleh, jual ebook tu macam bagus je.”
“Peniaga ni penipu je semua. Harga semua mahal.”
Ya. Saya faham. Anda manusia. Anda mempunyai maruah. Anda mempunyai emosi. Kenapa anda perlu membiarkan diri anda dihina sekiranya ada jalan lain untuk meletakkan diri anda dalam ‘class’ tersendiri? Bukan begitu?
Yelah, bila jumpa member-member lama, semua dah pakai kereta baru, business card hebat-hebat, jawatan nampak gempak, pakai tali leher, baju kot, smart. Anda?
“Nak kena buat sales sampai jumpa 10 orang sehari? Ishk. Ntah-ntah kena kutuk lagi.”
“Kalau aku bawak teksi ni, kang member ofis naik, malu je.”
Saya pelik, ramai daripada anda malu untuk memulakan sesuatu perniagaan atas sebab yang remeh temeh. Seolah-oleh berniaga itu satu perkara yang haram. Seolah-oleh menjadi peniaga itu adalah perkara yang menyalahi undang-undang agama & negara.
Betul, manusia ni ada banyak jenis. Jenis yang memaki hamun ada. Jenis dengki ada. Jenis pemarah ada. Tapi jenis yang baik-baik itu lagi banyak. Sekiranya anda berniaga dengan cara yang betul, dari 10 pelanggan, belum tentu ada 1 pelanggan yang akan memaki hamun anda. Tetapi dalam 100 pelanggan, sudah pasti ada 1,2 pelanggan yang tidak berpuas hati. Itu perkara biasa. Kenapa ambil pusing sangat dengan 1,2 pelanggan yang marah-marah, berbanding 99 pelanggan yang memberi sokongan kepada kita?
Anda juga berasa risau apabila anda berniaga kelak, perniagaan anda jatuh dan orang mula mengutuk anda. (Aik, belum berniaga dah fikirkan kejatuhan?)
“Itulah, siapa suruh berniaga.”
“Kan Mak Long dah suruh kau kerja dulu, sekarang kan dah susah.”
Perniagaan memerlukan anda tebal telinga. Kena kutuk, perli itu perkara biasa. Kenapa perlu dengar cakap orang lain kalau anda sudah ada rancangan tersendiri? Biarkan sahaja.
Ingat, duit ini ibarat gula. Kalau anda belum berjaya, tiada siapa yang pedulikan anda. Tetapi apabila anda sudah berjaya, semua orang mengaku bersaudara.

Dan berniaga jugalah cara untuk membuat kebajikan dengan mudah.Berniaga dengan tidak mengambil keuntungan yang melampau,tidak mengurangkan timbangan,selalu melebihkan timbangan kepada pelanggan,bertimbang rasa serta jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.Itulah antara cara Nabi S.A.W berniaga.