31 July, 2008

Lawatan SMK Dato'






30 Julai 2008, Rabu. Seramai 38 orang pengawas Ting.2 dari SMK Dato' Permaisuri bersama dengan 3 orang guru pengiring, Cikgu Bibi, Cikgu Chong dan Cikgu Fakri telah tiba di Sainsri untuk tujuan lawatan perkongsian pengawas kedua2 sekolah.
Para pelawat telah diberikan taklimat mengenai sekolah kita sainsri oleh saudari Nurhanida manakala taklimat mengenai majlis pengawas sainsri pula telah disampaikan oleh saudara Bryan.
Selepas itu, kedua2 pihak telah berkesempatan bertanyakan soalan dan bertukar2 pendapat bagi mempertingkatkan lagi majlis pengawas masing2.
Kemudian rombongan telah dibawa melawat ke makmal bahasa Jepun, Pusat Sumber, bilik operasi pengawas sainsri dan kolej kediaman putera & puteri sainsri.

30 July, 2008

Program Putera Puteri Harapan Ting. 1






Program bermula seawal pukul 7.00 pagi sehingga 10.30 mlm. Dianjurkan oleh unit B&K dan dibantu oleh fasiltator dari Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Pengisian dengan ceramah2 motivasi dan LDK2, diharapkan semua putera puteri ting.1 lebih HEBAT.

27 July, 2008

Lawatan SK South Miri



21 Julai 2008

Majlis Anugerah Cemerlang 2008



Sabtu 19 Julai, 2008, Majlis Gilang Gemilang Majlis Anugerah Cemerlang kali ke 18 SM Sains Miri telah selamat dijalankan. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Sarawak, Yg. Berbahagia Dr Hj Julaihi b. Hj Bujang. Majlis bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sainsrians yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Di antara anugerah yang disampaikan:
  • Anugerah Pelajar Terbaik Peperiksaan Dalaman setiap Tingkatan 2008
  • Anugerah Terbaik Matapelajaran
  • Anugerah Lonjakan Saujana
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR 2007
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2007 &
  • Anugerah Pelajar Contoh Terbaik 2008


Program Sekolah Angkat Sainsri 2008

Lawatan SK Beraya ke Sainsri pada Sabtu, 21 Jun 2008




Sainsri berambeh ke SK Beraya Miri pada 5 Julai 2008


Kem Waja Diri 2008



11-13 Julai 2008, Kem Waja Diri 2008 atau sebelum ini dikenali sebagai Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan di Kampung Sukan Petronas Miri. Seramai 43 orang calon pengawas, ketua perpustakawan, ketua naqibah dan ketua koperator koperasi telah menyertai kem tersebut. Turut membantu 4 orang fasilitator iaitu mantan ketua & penolong ketua pengawas sesi 2007, Nooramad, Al-Afiq, Isyqi dan Fanurul.


Kem ini telah berjalan lancar dan banyak aktiviti telah diadakan di antaranya ceramah kepimpinan dan latihan dalam kumpulan yang menuntut peserta bekerja dalam satu pasukan.
Diharapkan daripada kem tersebut, peserta2 dapat menggunakan pengalaman & ilmu yang diperolehi untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani di sekolah nanti. Paling penting, setiap pengawas harus memegang amanah yang telah diberikan dan saling menyokong di antara sesama rakan pengawas. Bersatu teguh becerai roboh! Serumpun lidi tidak akan dapat dipatahkan berbanding sebatang lidi. Hormati kepercayaan guru dan hormati diri. Hidup Pengawas Sainsriiiiiiiiiiiiiiiiii!


klik gambar untuk jelas

21 July, 2008

:: KISAH POKOK EPAL - (Untuk renungan bersama) ::



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu."Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu."Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu."Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK SAINSRIANS BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA SAINSRIANS.

06 July, 2008

Jasamu sentiasa dikenang. Namamu tetap kami ingati.


Cikgu Raja Cikgu Ho

En. Raja Zamri Raja Mohamed (bertukar ke Terengganu), Cik Ho Siew Hoi (bertukar ke Pulau Pinang), Pn. Wan Nor Azura Wan Yusof (bertukar ke Selangor), Pn. Monica Anjat (bertukar ke Bintulu) dan Pn. Rohaiza Baharom (bertukar ke Perak)

Selamat berkhidmat di sekolah baru cikgu. Kami doakan agar cikgu gembira di tempat baru bersama pelajar2 baru. iboh lupak kamek orang di miri. doakan kejayaan kami dalam exam pmr & spm nanti. kami rindukan cikgu!