17 June, 2008

Selamat Hari Guru Sainsri



16 Mei setiap tahun merupakan hari yang cukup istimewa bagi sainsrian. Selamat Hari Guru, cikgu. Kepada semua guru sainsri selamat hari guru diucapkan daripada ahli2 majlis pengawas. Pengorbanan anda semua mendidik kami tidak dapat kami balas dengan wang ringgit dan hadiah.


Majlis Pengawas dengan Kelab Guru Sainsri telah menganjurkan beberapa aktiviti bagi meraikan guru2. di antaranya perhimpunan sempena hari guru, memotong kek hari guru, hari jadi guru&pelajar Jan-Jun2008, persembahan koir pelajar, pertandingan tarik tali, bowling kelapa, menghias kek+buah2an dan teh tarik antara guru rumah.

Pastinya semua guru berasa terhibur dan hubungan silaturahim antara guru&pelajar bertambah erat. Percayalah jauh di sudut hati kami, kami sangat menghargai jasa2 dan perhatian guru2 kepada kami. Terima kasih cikgu!

No comments: