15 August, 2008

Apa itu buli?


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang sangat tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Siapakah yang sering membuli dan dibuli
Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.


Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
Bertubuh kecil.
Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
Pelajar baru di sekolah.

Kenapakah mereka sering membuli?
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
Mereka pernah menjadi mangsa buli.
Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
Akibat perceraian ibu bapa.
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
Sekadar mahu berseronok.
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru.
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?
Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut dan mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.
Buli di kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dan pemulauan.

Jenis-jenis buli
Buli fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental
Lebih kepada ejek-mengejek.

Kesan buli
Pembuli
Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.
Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.
Dibuli
Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Peringatan: Sainsrians jangan terlibat dengan perlakuan negatif seumpama ini. Tindakan disiplin, gantung sekolah dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.

2 comments:

Moazmar@yahoo.com said...

kata mereka yang besooo besoo mereka yang mahu dibuli ? betul keee

Anonymous said...

takder manusia yang bodoh sangat suka dibuli.
yang beso2 tu..
cuba bayangkan yang kecik2 kena buli tu adalah adik anda sendiri. dibuli orang dibuat itu dan ini tanpa kerelaan dan betul2 ikhlas.
kalau kena atas adik kita sendiri mesti kita marah. ataupun memang kita suka adik kita sendiri dipermainkan diperbodohkan orang.
macamana ilmu nak lekat dan berkat. patut pun makin banyak cikgu ajar makin tak masuk dalam kepala. mudah lupa masa exam.