01 August, 2008

Pra Maraton Olimpik Beijing 2008 :-)







31 Julai 2008, Khamis.

Pertandingan Merentas Desa Antara Rumah SAINSRI telah selamat dijalankan walau pun sebelum ini telah 2 kali ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Syukur kali ini cuaca cerah dan peserta berkobar-kobar untuk memungut sebanyak mungkin mata bagi rumah masing2.
Pertama kali pada tahun ini, acara ini hanya dilakukan di kawasan sekolah sahaja (merentasi padang sekolah, flet guru & kolej kediaman) tidak seperti sebelum ini di pantai Luak Esplanade atas faktor keselamatan.

Peserta kategori Lelaki A dikehendaki untuk berlari sebanyak 6 pusingan manakala Perempuan A, Lelaki B & Perempuan B pula sebanyak 4 pusingan.

Siapa pemenangnya? Tidak lain tidak bukan, mereka adalah peserta2 dari setiap rumah yang telah berjaya menamatkan larian masing2 sehingga ke garisan penamat! Tahniah sainsrians!

No comments: